15 Reka Bentuk Kabinet TV yang Akan Menjadikan Ruang Tamu Anda Lebih Bergaya

Apa yang anda cari semasa memilih kabinet TV yang baru untuk rumah anda?

Sekiranya anda mendapatkan kabinet TV pada awal tahun 2000-an,semestinya memiliki ruang rak yang cukup untuk mempamerkan koleksi CD, DVD, atau cakera Blu-Ray anda adalah satu kemestian.

Kemudian pemain MP3 iPod telah mengubah semua landskap reka bentuk untuk kabinet TV. Pada pertengahan tahun 2005, pembelian CD semakin berkurangan kerana lebih ramai orang mula memuat turun lagu ke dalam pemain mudah alih atau MP3 mereka.

Cara kita menonton filem dan rancangan TV juga turut berubah. Daripada membeli cakera padat atau CD, kini kita lebih kepada menyimpan fail video ke dalam cakera keras mudah alih atau hard disk, atau disambungkan ke rangkaian network rumah.

Kemudian, layaran video secara streaming pula menjadi semakin popular pada tahun 2014. Perkhidmatan seperti Iflix membolehkan kita melayari pelbagai filem, kartun, dokumentari, dan rancangan TV terus ke TV pintar, menjadikan cakera keras mudah alih (CD) tidak lagi popular.

Kabinet TV dinding yang digantung dengan dinding kayu
Kabinet TV dinding yang digantung dengan dinding kayu. Pesan kabinet TV ini di Recommend.my

Kabinet TV terus berkembang

Perubahan citarasa pengguna menyebabkan jenis-jenis kabinet TV juga berubah. Daripada meletakkan pemain blu-ray, pemain DVD, dan set-top-box Astro di kabinet TV, anda boleh mengganti semuanya kepada satu aplikasi sahaja di TV pintar anda.

Ruang tamu juga menjadi lebih kemas. Kekurangan peralatan juga menjadikan seluruh kawasan sofa dan meja kopi lebih kemas dan rapi.

Hasilnya, kabinet dinding TV hari ini lebih menyandar kepada jenis gaya dan reka bentuk, dan kurang fokus kepada fungsi penyimpanan.

Ruang tamu merupakan ruangan yang menetapkan reka bentuk dan gaya dalaman untuk seisi rumah. Maka, ia amat penting untuk mempunyai reka bentuk kabinet TV yang bergaya yang boleh “mengukuhkan” ruang tamu anda.

Itulah sebabnya kebanyakan kabinet TV hari ini digantungkan pada dinding. Daripada mempamerkan peralatan hi-fi lama, anda boleh mempamerkan karya-karya seni atau cenderamata yang dibeli sewaktu melancong, atau gambar keluarga, atau koleksi Lego anda!

Idea reka bentuk kabinet TV

Lihat koleksi kabinet TV buatan khas ini, yang diambil dari kediaman-kediaman di Malaysia.

Pasti, anda boleh membuat sesuatu yang serupa dengan kabinet TV Ikea, tetapi kabinet jenis dibuat secara khas, untuk diserasikan dengan dimensi ruangan anda. Tidak seperti kabinet TV Ikea, kebanyakannya kabinet buatan khas adalah kabinet TV dinding, jadi anda boleh memasang TV di dinding tanpa merosakkan bilik anda.

Dan dengan perkhidmatan streaming seperti iflix hari ini, anda tidak perlu lagi membuang masa melayari beratus-ratus saluran untuk mencari sesuatu yang baik untuk ditonton. Anda hanya perlu memilih dan memainkan rancangan yang anda mahukan dengan segera!

Lihat katalog reka bentuk konsol TV buatan khas

Pereka bentuk kami di Recommend.my telah menghasilkan banyak pilihan reka bentuk konsol TV buatan khas untuk kediaman anda. Reka bentuk ini bermula dari RM2,400, dan termasuk kos penghantaran dan pemasangan, bersama dengan jaminan selama 36 bulan.

Kunjungi Recommend.my dan lihat pilihan kabinet TV dinding oleh pereka-pereka bentuk kami. Pilih mengikut citarasa anda, dan kami akan memasangnya secara percuma!

Ruang tamu di Serene Residence RT2, Rawang

Kabinet TV bertona hitam dan walnut
Kabinet TV bertona hitam dan walnut dengan dinding utama di Serene Residence RT2, Rawang oleh Nice Style

 

Kabinet TV ini menggabungkan kabinet rendah, rak dinding terbuka, dan dinding utama untuk pemasangan TV. Tona kayu hitam dan walnut memberikan kontras yang bagus untuk ruangan putih, sementara permukaan cermin hitam reflektif di bahagian atas konsol memberi efek pemanjangan siling.

Kabinet TV di The Capers, Sentul Selatan

Kabinet TV bertona kayu dengan rak buku
Kabinet TV bertona kayu ringan bersama-sama rak buku tinggi oleh Pocket Square

Apartmen studio ini mempunyai reka bentuk kabinet TV dengan rak buku terbuka yang tinggi dengan paparan yang memuaskan. Sangat sesuai untuk pasangan muda untuk berehat pada hujung minggu!

Semi-D di Old Klang Road

Kabinet TV gaya industri dengan rel gantung
Kabinet TV gaya industri dengan rel gantung oleh Young Concept

 

Konsep reka bentuk kabinet dinding TV ini memberikan sedikit getaran industrial dengan menggunakan rel keluli berlapis yang digabung bersama kabinet bertona alderwood. Ianya kelihatan hebat untuk memaparkan semua item unik yang dibeli daripada percutian-percutian anda!

Banglo di Ampang 2

Kabinet TV rendah dengan rak dinding tunggal
Kabinet TV rendah yang digantung dengan rak dinding tunggal oleh Meridian Inspiration

Kabinet TV gantung dinding ini mempunyai kabinet rendah yang digantung dengan rak dinding tunggal dan kabinet dinding tertutup. Walau bagaimanapun, ia sangat sesuai dengan bahagian untuk membuat partition antara ruang makan dan ruang tamu.

Banglo di Setia Alam,Selangor

Kabinet TV dengan dinding bertekstur
Kabinet TV dengan dinding bertekstur oleh Klaas Interiors

 

Terdapat campuran bahan-bahan untuk kabinet TV yang dipasang pada dinding ini. Dengan kayu ringan dan kayu berlamina putih, kertas dinding dengan corak percikan, dan cermin frosted ditambah untuk mencantikkan pedalaman! Laci ketinggian ramping dengan rak terbuka sangat sesuai untuk menyimpan surat khabar atau majalah terkini.

Kabinet TV yang digantung dengan rak tinggi untuk bingkai foto

Kabinet TV pasang dinding dengan rak tinggi
Sumber: mobly.com.br

Digantung tinggi dari lantai, kabinet TV ini dihasilkan agar tidak kelihatan terlalu mengganggu, namun masih memberi kesan pada pedalaman ruang tamu. Corak butiran kayu di dinding kabinet TV memberikannya paparan organik dan semula jadi.

Ruang tamu di Rica Residence,Sentul

Kabinet TV dengan pencahayaan di bawah kabinet
Kabinet TV dengan pencahayaan di bawah kabinet oleh The Arch

 

Kabinet TV ruang tamu kecil yang dipasang di dinding ini dihasilkan untuk menghasilkan kesan kedalaman ruangan dan sudut. Dinding plaster palsu menyembunyikan saluran pendingin udara dan pendakap dinding TV dengan kemas. Kabinet rendah juga digantung dengan cahaya dari bawah kabinet untuk memaksimumkan ruang lantai yang terhad.

Kabinet TV yang dipasang di dinding dengan panel sliding rendah

Kabinet TV dengan panel sliding
Kabinet TV dengan panel sliding. Sumber: globo.com

Corak lamina kayu oak menegak dipadankan dengan garis mendatar untuk kabinet rendah ruang tamu ini di Brazil.

Reka bentuk kabinet TV yang dipasang di dinding

Reka bentuk kabinet TV pasang dinding simetri
Reka bentuk kabinet TV simetri. Sumber: digsdigs

Kabinet TV yang dipasang di dinding yang menyerlah ini membolehkan TV diletakkan atau dipasang di dinding, atau juga secara berdiri. Reka bentuk kabinet digantung secara segi empat tepat merangkumi rak paparan di kedua-dua belah kiri dan kanan. Ia seperti melihat ke dalam portal dunia hiburan!

Kabinet TV berkonkrit dengan ciri oak merah dinding utama

Kabinet TV berkonkrit dengan dinding utama oak merah
Kabinet TV berkonkrit dengan dinding utama oak merah. Sumber: foter

Reka bentuk kabinet TV yang mudah dipasang di dinding ini menggabungkan ciri dinding yang lebih tebal daripada biasa di panel oak merah. Bahan jenis bijian kayu organik dipadankan dengan kabinet gantung berwarna konkrit dengan ketebalan yang serupa.

Reka bentuk kabinet TV ketinggian siling

Kabinet TV ketinggian siling
Kabinet TV ketinggian siling. Sumber: globo

Bahagian bawah kabinet TV ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang anda boleh dapat dari Ikea, tetapi dipasangkan dengan kabinet dinding berketinggian siling, yang dipasang secara sempurna. Ini adalah kaedah terbaik untuk memaksimumkan ruangan anda!

Ruang tamu di Sutera Damansara

 

Kabinet TV dibina khas memadankan bingkai tingkap
Kabinet TV yang dibina khas agar sesuai dengan tingkap. Sumber: Nice Style

 

Pemilik rumah ini memerlukan kabinet TV yang dibuat khas agar dapat dipadankan dengan dua tingkap tinggi di ruang tamu mereka. Oleh itu, para pereka membuat dinding dengan ciri yang menutup seluruh sisi bilik dan membina kabinet berwarna hitam dan walnut untuk dipadankan bersama.

Kesan 3D dengan kedalaman kabinet yang berbeza-beza.

Kabinet TV 3D
Kabinet TV 3D. Sumber: lundia.nl

Kabinet TV ini terdiri daripada kabinet dinding yang disusun secara individu, kebanyakannya berwarna putih. Kedalaman kabinet adalah berbeza-beza untuk menghasilkan campuran bayang-bayang yang menarik seperti kesan 3D. Anda hampir merasa seperti bermain permainan Tetris!

Kabinet TV yang dipasang secara gantung di dinding bersama tona garis beralur

Kabinet TV dengan garis beralur
Kabinet TV pada dinding utama. Dapatkan kabinet dan konsol TV ini di Recommend.my

Kabinet TV yang dipasang di dinding bergaya ini menyediakan banyak ruang paparan bersama-sama 4 laci. Penyokong dinding ciri dilengkapi dengan corak alur unik membolehkan anda memasang TV di dinding, mempunyai ruangan kaunter untuk mempamerkan konsol permainan anda, karya seni atau tanaman dalam pasu.

Apa yang akan anda tonton dari kabinet TV baru anda?

Reka bentuk kabinet TV ini lebih hebat apabila tidak dipenuhi dengan peralatan dan perhiasan yang terlalu banyak. Maka, kebanyakan kabinet TV yang hebat boleh menggunakan perkhidmatan streaming seperti iflix.com.

Bayangkan apabila anda pulang dari kerja dan merasa selesa di depan kabinet TV ini, kemudian menonton drama Korea kegemaran anda, atau mengikuti episod terbaru rancangan TV kegemaran anda. Dengan fungsi streaming, semuanya sungguh mudah di hujung jari anda!

Kabinet TV dari pereka bentuk yang dipasang di dinding, bermula dari RM2,400

Lihat katalog reka bentuk konsol TV buatan khas

Pereka bentuk kami di Recommend.my telah menghasilkan banyak pilihan reka bentuk konsol TV buatan khas untuk kediaman anda. Reka bentuk ini bermula dari RM2,400, dan termasuk kos penghantaran dan pemasangan, bersama dengan jaminan selama 36 bulan.

Kunjungi Recommend.my dan lihat pilihan kabinet TV dinding oleh pereka-pereka bentuk kami. Pilih mengikut citarasa anda, dan kami akan memasangnya secara percuma!