Panduan Lantai Vinyl Untuk Rumah-Rumah Di Malaysia

Pernahkah kaki anda berasa sakit apabila sepanjang hari berpijak di atas lantai rumah anda? Ini mungkin disebabkan lantai rumah anda.

Selebriti televisyen dan chef Amerika terkenal Julia Child prihatin akan pemilihan bahan-bahan untuk pelantaian. Memandangkan dapur adalah tempat paling kerap digunakan di rumahnya, Julia mempunyai pendirian beliau sendiri dalam pemilihan lantai yang selesa.

Dia lebih suka menggunakan lantai lineleum, yang menjadi pilihan popular semasa awal era 1990. Lantai lineleum diperbuat daripada kepingan getah, kapas mampatan dan juga gabus. Yang paling penting, ianya lembut dan memberikan kusyen sokongan dalam setiap langkah.

Tetapi hari ini, kebanyakan rumah menggunakan lantai vinyl berbanding lantai linoleum. Lantai vinyl lebih dikenali kerana ianya kalis air, tahan lebih lama, senang dijaga dan juga boleh digunakan dengan lasak di mana-mana bahagian rumah anda.

Kepingan vinyl vs jubin vinyl vs vinyl luxury

Kepingan vinyl vs jubin vinyl vs vinyl luxury

Lantai vinyl adalah sejenis lantai sintetik yang membaluti bahan-bahan asas plastik atau PVC.

Jenis lantai vinyl yang paling terkenal adalah lantai vinyl dalam bentuk gulungan yang besar. Tetapi anda juga boleh mendapatkan lantai vinyl dalam bentuk jubin vinyl dalam bentuk kepingan segi empat keras, atau juga dalam bentuk papan yang boleh disusun bersama-sama.

Meskipun asalnya lantai vinyl mula dihasilkan pada era 1040-an, tetapi sehingga kini ianya telah melalui banyak penambahbaikan. Lantai vinyl hari ini datang dengan pelbagai jenis reka bentuk dan tekstur yang membuatnya kelihatan seperti jubin seramik, lantai hardwood, atau juga seperti batu.

Dengan pilihan yang banyak sekali, ianya tidak lagi dilihat sebagai “pilihan-murah” kerana semakin mendapat sambutan, diminati, dan dipercayai oleh masyarakat.

Namun, dengan terlalu banyak pilihan di pasaran, agak sukar juga untuk membuat pilihan lantai vinyl yang sesuai untuk kediaman anda.

Cari dan pilih lantai vinyl yang sesuai bersama kami, dan dapatkan sebut harga anda secara percuma!
Kami menawarkan beratus-ratus kontraktor pelantaian yang dapat membantu anda mendapatkan lantai vinyl yang terbaik mengikut permintaan dan keperluan anda. Dapatkan sebut harga anda daripada kontraktor-kontraktor pelantaian di Malaysia!

Apakah jenis lantai vinyl yang terdapat di Malaysia?

Lantai vinyl yang biasanya digunakan adalah dalam bentuk kepingan lembut atau dipanggil kepingan vinyl. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan lantai vinyl yang lebih tebal, kalis air, dan berjubin segi empat (yang juga dipanggil sebagai jubin komposit vinyl. Terdapat juga versi lantai vinyl yang premium yang dikenali sebagai vinyl luxury, sama ada dalam bentuk jubin atau papan. Bahagian-bahagian seterusnya berkenaan:

Kepingan Vinyl (daripada RM 2.60 per kaki)

Kepingan vinyl akan diletakkan di atas lantai asas. Kepingan vinyl adalah sejenis bentuk lantai vinyl yang paling asas sekali.

Dengan mempunyai ciri-ciri daya tahan dan kalis air yang tinggi, kepingan vinyl amat sesuai kerana penyelenggaraan penggantian yang rendah. Lantai vinyl daripada gulungan besar akan dipotong mengikut bentuk dan saiz lantai rumah anda. Memandangkan ianya dalam bentuk gulungan besar, ianya juga bagus digunakan sebagai lantai bilik air dan juga dapur untuk mengurangkan risiko daripada air merosakkan lantai asas anda.

Namun, lantai vinyl ini adalah tidak sama dengan lantai PVC yang nipis yang biasanya digunakan di rumah-rumah desa. Lantai vinyl moden mempunyai ketebalan 2mm disamping mempunyai lapisan busa di tengahnya, jadi ianya lebih keras, tetapi juga lembut untuk dipijak. Ianya juga ringan dan mudah untuk dipasang bukan sahaja pada lantai, tetapi juga pada dinding atau siling, maka anda boleh membina kediaman idaman anda dengan reka bentuk yang konsisten.

Video: Bagaimana kepingan vinyl dibuat

Anda boleh mendapatkan kepingan vinyl dengan sokongan pelekat di belakang, jadi boleh dilekatkan terus pada lantai parket sedia ada anda. Anda juga boleh meletakkannya pada lantai konkrit asas. Tetapi jika lantai itu tidak sekata, anda perlu mendapat kontraktor untuk meratakan lantai tersebut dengan menutupi lubang-lubang menggunakan tampalan simen. Sebagai pilihan lain, kontraktor anda juga boleh mencadangkan untuk meletakkan lapisan bawah (sama ada papan gentian fibre atau papan lapis) jika lantai asas anda betul-betul rosak.

Kelebihan:

  • Sepenuhnya kalis air. Kepingan vinyl tahan lasak dengan penggunaan yang tinggi dan kerap untuk kawasan-kawasan seperti dapur, bilik air dan juga restoran. Ianya juga bagus untuk pengguna-pengguna yang mempunyai haiwan peliharaan, atau kanak-kanak kecil di rumah mereka kerana ianya tahan calar dan tumpahan cecair. Ianya turut dikenali sebagai lantai viny kalis air.
  • Penyelenggaraannya adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu menyapu dan mengemop lantai vinyl anda agar ianya kelihatan seperti sedia baru. Ianya juga selesa pada kaki anda. Busa PVC memberikan kelembutan ringan dan keselesaan untuk setiap langkah anda.

Kelemahan:

  • Sukar untuk ditanggalkan setelah digam pada lantai. Agak sukar untuk menanggalkan kepingan vinyl daripada lantai kerana setelah gam mengering, ianya memerlukan alatan dan bahan kimia khas untuk ditanggalkan.
  • Ianya juga mudah rosak jika terkena objek yang tajam.

Permukaan lantai vinyl juga tidak selari berbanding pilihan-pilhan jenis lantai yang lain yang lebih menarik sama ada untuk kegunaan rumah atau industri. Sumber

Jubin komposit vinyl (daripada RM 3.60 per kaki)

Jubin komposit vinyl (vinyl composite tile atau VCT) adalah nama lain untuk jenis lantai vinyl yang popular pada zaman 1950 an. Ianya diperbuat daripada kepingan PVC yang dimampatkan bersama-sama campuran batu kapur, untuk menghasilkan lapisan setebal 3mm yang lentur tetapi boleh dipotong dan dibentukkan dengan mudah menggunakan tangan.

Jubin komposit vinyl selalu digunakan di kawasan-kawan komersial dan awam seperti kemudahan kesihatan seperti hospital, dan institusi pendidikan seperti universiti kerana cirinya yang tahan lasak.

Jubin komposit vinyl terkenal kerana kos yang rendah, ketahanan yang tinggi dan mudah dijaga. Ianya juga sering digunakan sebagai lantai untuk kawasan yang kerap digunakan seperti di pejabat-pejabat, berbanding daripada kepingan vinyl dan kepingan atau jubin vinyl luxury. Hal ini kerana jubin komposit vinyl dihasilkan menggunakan kepingan-kepingan PVC yang berwarna.

Jubin komposit vinyl dipasang dengan meletakkan lapisan gam pada lantai asas sebelum ditekan dengan lembut agar ianya melekat. Setelah selesai pemasangan, jubin-jubin ini perlu disalut dengan lapisan khas agar ianya tahan lebih lama dan lasak, tahan hakisan dan tidak mudah rosak. Walaupun pemasangan sendiri secara DIY boleh dilakukan, kebiasaannya kontraktor-kontraktor yang diupah akan melakukan proses ini untuk mendapatkan hasil yang profesional.

Kelebihan:

  • Daya tahan yang tinggi. Jubin komposit vinyl adalah pilihan yang baik untuk kawasan kegunaan yang tinggi kerana ketahanannya. Dengan penjagaan yang betul dan rapi, ianya boleh bertahan lama selama purata 15 tahun.
  • Penggantian. Jika salah satu jubin telah rosak, ianya juga mudah untuk dikeluarkan sebelum digantikan dengan jubin yang baru.

Kelemahan:

  • Tidak tahan lasak. Objek yang berat dan tajam akan merosakkan permukaan jubin.
  • Jubin komposit vinyl juga sensitif haba. Pendedahan terhadap cahaya matahari untuk tempoh yang lama boleh merosakkan gam yang digunakan, atau juga memudarkan warna jubin. Maka, tidak digalakkan untuk menggunakan jubin komposit vinyl bagi kawasan-kawasan luar atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus.

Jubin / kepingan vinyl luxury (daripada RM 7.40 per kaki)

Hasil terakhir untuk lantai vinyl yang siap dipasang. Lantai-lantai ini mempunyai kelebihan agar kelihatan seperti kayu semulajadi. Sumber

Dahulunya, agak lebih mudah untuk mengenal pasti jenis lantai yang dihasilkan sama ada daripada kepingan vinyl atau jubin komposit vinyl. Dengan reka bentuk dan corak yang terhad, penggunaan lantai vinyl menjadi kurang popular sebelum digantikan dengan lantai jubin seramik dan lantai laminate.

Namun, kini terdapat sejenis konsep lantai vinyl yang baharu telah dicipta untuk mengatasi lantai laminate. Ianya ialah jubin vinyl luxury, atau juga dikenali sebagai luxury vinyl tiles (LVT). Jubin vinyl luxury menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan kelebihan untuk kelihatan lebih semula jadi dengan bahan-bahan yang lebih organik (seperti batu, kayu keras atau marmar) bersertakan ciri-ciri kalis air dan anti anai-anai.

Kepingan vinyl luxury diperbuat dengan beberapa lapisan. Lapisan paling bawah berfungsi memberikan pelindungan tebal disamping mencegah sebarang pengecutan daripada berlaku. Kemudian, lapisan seterusnya adalah di permukaan atas yang dicetak dengan reka bentuk dan corak di atasnya. Maka ianya kelihatan lebih seakan-akan seperti kayu, marmar, simen, gangsa atau batu.

Lapisan atas yang mempunyai cetakan corak dilindungi oleh lapisan UV untuk mengelakkan lantai daripada menjadi rosak akibat perabot-perabot yang diletakkan di atasnya. Malahan, risiko kerosakan juga bergantung kepada jenis ketebalan kepingan vinyl luxury yang dipilih.Lantai jenis ini juga sering dipasang pada lantai gimnasium, gelanggang bola keranjang, pusat membeli belah dan banyak lagi.

Lantai vinyl luxury terdapat dalam bentuk kepingan atau jubin bersaiz segi empat tepat. Jika lantai rumah anda adalah bersaiz sekata, anda boleh memasangkan sendiri kepingan lantai vinyl luxury ini tanpa memerlukan gam pemasangan.

Dengan mempunyai lapisan luar yang tebal bersama-sama corak realisitik dan ciri-ciri kalis air, lantai vinyl luxury mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding lantai vinyl komposit dan kepingan vinyl.

Diatas: Lapisan-lapisan yang terdapat pada jubin lantai vinyl. Sumber

Kelebihan

  • Dapat menghalang daripada kerosakan akibat kelembapan.
  • Dapat menahan persekitaran lembap yang tinggi dan cuaca tropika selama bertahun-tahun.
  • Tahan dan kalis calaran.
  • Pengguna yang mempunyai kanak-kanak kecil atau haiwan peliharaan dapat berasa lega kerana lantai tahan lebih lama untuk kegunaan lasak.

Kelemahan:

  • Harganya lebih mahal. Malahan harganya boleh menjadi setara atau lebih tinggi daripada lantai laminate.

Diatas: Apartmen bertemakan Sandinavian kelihatan mengagumkan dengan lantai vinyl  bercorakkan herringbone. Sumber

Perbandingan antara lantai vinyl, lantai vinyl komposit dan lantai vinyl luxury

Diatas: Perbezaan jenis-jenis lantai vinyl yang terdapat di Malaysia. Klik untuk gambar penuh.

Adakah lantai vinyl sama dengan lantai laminate?

Lantai vinyl adalah tidak sama dengan lantai laminate. Kedua-dua jenis lantai ini mungkin kelihatan sama, tetapi terdapat beberapa jenis perbezaan pada kedua-dua lantai ini (rujuk rajah di bawah).

Lantai vinyl luxury (LVT) adalah jenis lantai vinyl yang paling banyak disalah anggap sebagai sejenis lantai laminate kerana kedua-dua lantai ini diperbuat daripada lapisan-laisan serupa. Tetapi, perbezaan ketara kedua-dua lantai ini adalah, bagi lantai laminate, lapisan-lapisan bawah diperbuat daripada serat kayu mampatan dan berisiko untuk rosak akibat anai-anai. Manakala, lapisan bawah lantai vinyl luxury diperbuat daripada busa PVC dan gentian kaca atau fibreglass.

Perbandingan antara lantai vinyl dengan lantai laminate

 

Diatas: Perbandingan antara lantai vinyl dengan lantai laminate. Klik untuk gambar penuh.

Cara-cara untuk menjaga lantai-lantai vinyl anda

  1. Elak menggunakan teknik pembersihan steam dan bahan pencuci kimia yang kuat. Sebaliknya, gunakan bahan pencuci dan teknik cucian yang lembut.
  2. Lap dan sapu sebarang tumpahan atau kotoran air secepat mungkin.
  3. Letakkan alas-alas pelindung dibawah perabot-perabot yang berat untuk mengelakkan sebarang kesan calar dan kerosakan.
  4. Pastikan kontraktor anda menggunakan  gam jenis industri agar lantai anda dapat bertahan lebih lama.
  5. Untuk jubin vinyl komposit, sapukan lapisan pelindung yang nipis untuk melindungi jubin vinyl anda.

Jenama-jenama lantai vinyl yang terkenal di Malaysia

Jenama-jenama / pembuat / pengeluar yang popular: Armstrong flooring, Teraflor, Eurox, Dynaloc, Floor Culture, Wood Resources Malaysia, Floor IncDurafloor, Vinfloor, Aathaworld, Inovar Floor, Woodfeel

Pembekal: Cocofloor Malaysia, Hoss

Hendak memasang lantai vinyl di rumah anda?
Kini anda telah mengetahui fakta-fakta berkenaan lantai vinyl, kegunaan, kelebihan dan kelemahannya, adakah anda rasa bahawa lantai vinyl merupakan pilihan yang tepat untuk kediaman anda mengikut persekitarannya? Kami mencadangkan anda untuk menghubungi kontraktor profesional kami untuk menentukan pilihan yang terbaik dan membuat pemasangan lantai untuk anda. Lantai adalah ciri asas paling utama untuk setiap kawasan, dan pemilihan jenis, corak dan reka bentuk lantai yang tepat dapat memberikan perubahan positif yang besar terhadap gaya dan keselesaan kediaman anda. Berminat untuk mengubah lantai kediaman anda? Kediaman anda selamat bersama Recommend.my. Dapatkan sebut harga untuk lantai vinyl daripada salah seorang kontraktor berprestij kami sekarang. Dapatkan sebut harga untuk kontraktor pelantaian di Malaysia secara percuma!