6 reka bentuk dalaman minimalis di Malaysia: Anggaran antara RM30K hingga RM250K

Adakah rakyat Malaysia selalu berbelanja untuk perkara yang tidak perlu? Pada tahun 2018, rakyat Malaysia diberitahu untuk cuba menghadkan perbelanjaan mereka, terutamanya mereka yang mempunyai hutang yang belum diselesaikan lagi.

Walaupun pembelian tanpa dirancang mungkin dapat membuat anda lebih gembira, terlalu banyak barang-barang mungkin berselerak di rumah anda, dan menjadikannya tidak kemas dan teratur.

Salah satu cara untuk mengurangkan kekusutan ini adalah dengan menggunakan reka bentuk dalaman minimalis, bersama-sama dengan gaya hidup minimalis. Ini bermaksud, membuang barang-barang yang tidak diingini, menambah lagi lebih banyak kabinet simpanan, dan memastikan bahagian dalaman rumah dirancang secara teliti dengan garis bersih dan warna-warna yang neutral.

Sama ada anda menyukainya atau tidak, keindahan reka bentuk dalaman minimalis dapat meningkatkan kualiti hidup anda sebenarnya, sekaligus menjimatkan kos anda dalam jangka masa panjang.

Rahsia untuk mendapatkan reka bentuk dalaman yang berminimalisma adalah dengan memilih perabot anda secara berhati-hati, dan memilih palet warna yang dapat melengkapkan keseluruhan hiasan dalaman anda.

Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah dengan mengurangkan segala kekusutan visual yang tidak diingini dan pelbagai item yang mungkin menghalang atau tidak mempunyai fungsi sebenar.

Masih ragu-ragu? Lihatlah contoh-contoh minimalis yang sangat indah di Malaysia ini untuk menambah lagi senarai inspirasi anda.

Dapatkan pereka-pereka dalaman dari Recommend.my!
Perhalusi kediaman dan rumah anda dengan susun atur dan sistem penyimpanan yang dirancang dengan baik! Kami akan menghubungkan anda dengan pereka-pereka dalaman profesional berkemahiran tinggi untuk membantu anda merancang kediaman ideal anda dari pakar-pakar tempatan.

Dapatkan rundingan harga reka bentuk dalaman

Pangsapuri Servis di Central Residence, Sg. Besi

Reka bentuk dalaman industri adalah lebih mudah untuk diuruskan, diselenggara dan kelihatan hebat. Dinding bertekstur melengkapi perabot hitam dan putih untuk mencipta daya tarikan minimalis klasik tetapi canggih. Sementara itu, jam dinding binaan artistik juga memberikan keanggunan yang tersendiri kepada bilik tersebut, memastikan ruangan yang diinginkan dengan baik dan teratur.

Rumah minimalis dalam warna kelabu cement
Rumah minimalis dengan warna seakan-akan abu yang kelihatan canggih
Almari pakaian ketinggian penuh gaya minimalis
Almari pakaian dengan ketinggian penuh ini menawarkan banyak ruangan simpanan untuk dimanfaatkan.
Bilik belajar dengan kabinet permainan
Warna-warna dari rak paparan kabinet ini memastikan stesen kerja ini kelihatan kreatif
Kabinet terapung warna putih minimalis
Garisan yang bersih dan palet warna neutral adalah salah satu ciri dalaman minimalis. Sumber

Anggaran: RM30,000* (termasuk dinding TV, kabinet dan rak penyimpanan paparan)

Dapatkan Sebut Harga

 

Rumah Teres 2 Tingkat / Pautan di Ambang Botanic 2, Klang

Tona seala-ala kuning air, dan tona putih serta kelabu memberi kesan khas pada bahagian dalaman minimalis yang neutral ini, sekaligus mewujudkan daya tarikan yang moden. Kerusi dan sofa ruang duduk yang tidak sepadan ini menghasilkan unsur harmoni antara perabot kayu, sementara bilah kipas siling bertekstur kayu kelihatan sepadan dengan konsep kediaman minimalis tanpa kekusutan.

Ruang tamu dengan kerusi santai dan sofa berestetika minimalis
Kerusi santai yang tidak sepadan dengan tona neutral menambah lagi nilai estetika minimalis.
Kabinet dinding di bilik tidur bewarna putih
Kelebihan kabinet yang dibina khas dapat menjimat ruang untuk menyimpan barang-barang anda lebih teratur.
Meja makan diperbuat daripada kayu di ruang makan moden
Meja makan kayu yang indah ini menambahkan lagi lapisan yang mendalam untuk penampilan ruangan yang kemas. Sumber

Anggaran : RM180,000

Dapatkan Sebut Harga

 

Pangsapuri Studio di Galleria Equine Park di Seri Kembangan, Selangor

Dengan menyatukan unsur anggun, canggih dan moden sekaligus, ruangan dalaman serba putih ini tidak akan pernah ketinggalan zaman. Ia menawarkan pilihan terbaik apabila anda mahu menjadikan ruangan anda terang dan lapang sambil dilengkapi dengan kemudahan serba boleh untuk melengkapkan bahagian dalaman rumah anda yang lain. Tambahkan tona dengan menambahkan aksesori dan perabot dalam warna terang seperti hijau atau merah dapat memberikan keseimbangan yang selari dalam ruangan ini.

Bilik tidur minimalis dengan lantai papan kayu putih
Papan kayu berwarna putih mewujudkan suasana yang terang dan ringan di dalam bilik tidur
Ruang tamu bersebelahan bilik tidur dengan dinding bercermin
Cermin jenis ‘partition’ ini dan pencahayaan yang hangat menjadikan kediaman minimalis kelihatan menakjubkan
Bilik mandi dengan dinding luar besi berwarna hitam
Ruangan mandi hitam dan putih sangat anggun dan bergaya
Dapur minimalis monokrom hitam putih
Palet warna dua-tona ini dapat memfokuskan titik fokus bilik sambil mencipta unsur yang seimbang dan menarik untuk mewujudkan definisi kepada skema hiasan. Sumber

Anggaran: RM50,000

Dapatkan Sebut Harga

 

Kondominium 3 Bilik Tidur di TTDI Plaza, Kuala Lumpur

Reka bentuk rumah kontemporari seperti di bawah ini menggabungkan warna hitam dan putih dengan kombinasi yang indah. Anda boleh memadankan warna yang sepadan ini dengan tekstur kayu dan aksen tertentu untuk reka bentuk dalaman yang menawarkan unsur praktikal dengan daya tarikan moden. Dengan menggabungkan unsur-unsur kayu ke dalam kediaman rumah anda juga dipercayai dapat memberikan feng shui yang baik untuk kediaman anda, kerana kayu dipercayai dapat menguatkan tenaga positif persekitaran seseorang.

Ruang tamu minimalis
Ruang tamu bergaya jenis sederhana tanpa kekusutan visual melampau
Ruang tamu dan dapur kering minimalis dengan konsep ruang terbuka
Manfaat visual dalam mengadunkan dua tona warna utama adalah dapat menyatukan reka bentuk yang berbeza
Ruang tamu dan dapur kering gaya minimalis
Penambahan dinding bercorakkan simen kelabu yang halus memberikan lapisan tekstur dan warna asli ke ruang tamu. Sumber

Anggaran: 250,000

Dapatkan Sebut Harga

 

Kondominium 3 + 1 Bilik Tidur di The Resident, Ampang South

Memilih bahan dan perabot yang sesuai dengan gaya peribadi anda adalah penting untuk merancang hiasan dalaman anda. Bagi sebilangan pemilik rumah, mereka mungkin lebih suka akan cita rasa organik dari dinding konkrit, sementara yang lain mungkin lebih menyukai lantai marmar mewah yang lebih canggih untuk kediaman mereka. Sama seperti rumah ini di Ampang South, meja putih yang cantik dan lampu trek membantu memberikan unsur ruangan diperhalusi yang kelihatan sepadan dengan lantai marmarnya yang unik sekaligus memperkayakan daya tarikan minimalisnya.

Dapur kecil gaya moden dengan lampu sorot dinding
Dapur kecil dan selesa ini melibatkan banyak kabinet untuk ruang kerja dapur pelbagai dimensi
Bilik tidur dengan platform tilam gaya reka bentuk dalaman Jepun
Tempat tidur jenis platform yang dinaikkan, dengan elemen kayu menyerupai ruangan ala-ala percutian Jepun yang menarik
Ruang tamu luas gaya moden dengan lantai jubin marmar
Lantai marmar cantik bersama-sama pelan lantai yang luas memberikan banyak peluang untuk bereksperimen dengan susun atur yang berbeza. Sumber

Anggaran: RM70,000

Dapatkan Sebut Harga

 

Rumah Teres 2 Tingkat di Dato Onn Perjiranan 15

Rumah ini menggabungkan ruangan tempat duduk tingkap yang selesa digabungkan dengan pencahayaan hangat untuk mendapatkan bilik tidur utama serta tempat yang selesa untuk dipanggil rumahku syurgaku. Bantal kecil berwarna pastel memberikan warna halus pada ruang minimal ini sambil manfaatkan warna putih sebagai warna utama untuk ruang yang luas dan terbuka.

Bilik tidur terang berunsur moden
Pencahayaan yang hangat dan penambahan tirai sutera memberikan bilik tidur ini unsur yang moden dan glamor
Ruang tamu minimalis dan berunsur moden dengan dinding putih berkilauan
Dinding putih berkilauan adalah tambahan sempurna untuk mana-mana kediaman bagi mewujudkan kelebaran ruangan
Konsep ruang terbuka dengan ruang tamu dan meja makan gaya moden
Percikan warna dari perabot kayu, karya seni dan bantal hiasan menjadikan ruangan peribadi kelihatan lebih ‘hidup’. Sumber

Anggaran: RM150,000

Dapatkan Sebut Harga

 

Sama ada anda ingin memilih gaya tertentu atau hanya ingin memperbaharui ruang sedia ada anda, warna putih adalah kanvas yang sesuai untuk semua jenis hiasan. Bereksperimenlah dengan tekstur dan warna perabot yang bervariasi, bingkai foto dan bahkan usah takut meletakkan unsur tanaman ke dalam rumah anda untuk mengimbangi bahagian reka bentuk dalaman yang sederhana, dan juga memastikan kediaman anda kekal anggun sepanjang masa.

Nikmati kediaman minimalis anda!
Recommend.my menawarkan beratus-ratus pereka dalaman profesional yang akan membantu anda menyesuaikan kediaman anda dengan gaya pilihan anda. Sama ada anda baru sahaja mendapatkan kunci rumah anda atau ingin menaik taraf kediaman yang sedia ada, pereka dalaman kami yang boleh dipercayai dan telah diperakui sedia membantu anda merancang impian anda dengan sewajarnya.

Dapatkan lawatan tapak percuma dari pereka dalaman