14 Reka Bentuk Sebelum dan Selepas Pengubahsuaian Bilik Mandi di Malaysia

Pembangunan hartanah berkembang pesat terutama di kawasan membangun sekitar Lembah Klang. Tetapi bagaimana jika anda ingin membeli hartanah di kawasan kejiranan seperti Bangsar, Taman Desa atau Cheras?

Pembeli kebiasannya tertarik dengan kawasan persekitaran yang tidak terllau baharu kerana berdekatan dengan kemudahan seperti pusat membeli-belah, sekolah yang telah dibina dan kemudahan pengangkutan.

Tetapi, memiliki hartanah atau unit di kawasan yang tidak terlalu baharu bermaksud mungkin memerlukan hartanah atau unit tersebut untuk diubahsuai.

Bilik mandi, khususnya, adalah salah satu ciri penting yang memerlukan pengubahsuaian. Ini kerana dengan penggunaan air dan produk pembersih selama bertahun-tahun boleh menjadikan bilik mandi kelihatan kusam dan tidak begitu menarik. Bahagian bawah pintu mungkin telah reput; engsel pintu telah berkarat; dan garisan diantara lantai jubin mungkin telah bertukar warna hitam atau berkulat.

Berita baiknya untuk anda, sebenarnya, ianya tidak memerlukan begitu banyak masa dan kos untuk menambahbaik bilik mandi anda. Pengubahsuaian bilik mandi yang sederhana, seperti menukar jubin, sink atau tandas boleh menjadikan keseluruhan bilik mandi kelihatan lebih baik dan menarik.  

Berikut adalah beberapa gambar pengubahsuaian bilik mandi kecil sebelum dan selepas, di Malaysia untuk memberi anda idea bagi menambah baik bilik mandi anda sendiri.

Ingin mengubah suai bilik mandi anda?
Perlukan pengubahsuaian dari awal? Bimbang dengan proses dan kos pengubahsuaian? Hubungi kontraktor tempatan Recommend.my yang pakar dan boleh dipercayai.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pengubahsuaian tandas di USJ One Park Condo

Renovasi bilik mandi modern minimalis
Sumber: Renovation Equal Design Services

Untuk menambahkan lebih banyak cahaya dalam pengubahsuaian bilik mandi ini, pemilik rumah memasang kabinet dinding bilik mandi dengan pencahayaan tersembunyi.

Pencahayaan atas dari belakang kabinet memberikan cahaya lembut di seluruh bilik mandi, sementara pencahayaan bawah berguna untuk menerangi kawasan sinki. Pembahagi kaca bilik mandi juga membolehkan cahaya menerangi kawasan pancuran mandian.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Penggantian jubin bilik mandi di Bukit OUG, Bukit Jalil

Renovasi blik mandi dengan jubin dinding hitam dan putih
Source: ML Engineering and Construction

Jubin biru yang sudah tua dengan garisan di antara jubin yang telah berkulat digantikan dengan reka bentuk jubin bertona krim dan coklat gelap. Jubin besar 250mmx500mm digunakan untuk mengurangkan jumlah garis sambungan, dan sinki hijau muda dan mangkuk tandas digantikan dengan unit porselin bewarna putih.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pengubahsuaian bilik mandi corak mosaik di USJ, Subang

Renovasi bilik mandi corak mosaik jubin kelabu
Sumber: Renovation Equal Design Services

Bilik mandi sempit ini diubahsuai semula secara keseluruhan. Jubin lantai digantikan dengan jubin anti licin berwarna kelabu. Kaunter bilik mandi simen dipasang dan unit sinki ditambahkan di atasnya bagi menyediakan lebih banyak ruangan pada kaunter.

Landskap diubah dengan meletakkan unit tandas di sepanjang dinding yang sama dengan kedudukan sinki. Walaubagaimanapun, transformasi yang paling menarik adalah penambahan jubin dinding bercorak mosaik dalam warna kelabu yang berbeza.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Bilik mandi di D’Shire Villa Kota Damansara

Ubah suai bilik mandi modern
Source: ML Engineering and Construction
Ubah suai bilik mandi putih modern
Source: ML Engineering and Construction

Dalam kedua-dua unit bilik mandi di atas, jubin seramik persegi lama telah digantikan dengan jubin berukuran 300x600mm bercorakkan garisan menyerupai batu granit. Garisan di antara jubin itu sendiri hampir tidak kelihatan, jadi iaanya menghasilkan corak lembut yang memberikan penampilan mewah bagi bilik mandi tersebut.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pengubahsuain bilik mandi di pangsapuri Jalil Damai

Renovasi bilik mandi pangsapuri granite
Sumber: Renovation Equal Design Services

Berikut adalah contoh pengubahsuaian bilik mandi di mana dinding dan jubin lantai digantikan dengan jubin seramik yang mempunyai corak berurat. Meja konkrit juga ditambahkan, dan unit sinki ditambahkan di atasnya.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pemasangan kabinet bilik mandi di Le Yuan Residence – Kuchai Lama

Renovasi bilik mandi sinki tandas
Sumber: Renovation Equal Design Services

Dalam pengubahsuaian bilik mandi ini, kaunter kabinet bilik mandi jenis terapung telah dipasangkan, bersama-sama dengan sinki jenis tertutup yang dibina diatas kaunter.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Baik pulih bilik mandi di Pandan Cheras

Renovasi bilik mandi modern
Sumber: QM Design Sdn Bhd

Bagi unit bilik mandi ini, jubin dinding lama dikeluarkan dan diganti dengan jubin seramik jenis matte berukuran 250x500mm dengan garisan putih. Siling plaster juga ditambahkan untuk menutup ruangan saluran paip, dan kawasan dinding pancuran dialihkan ke bahagian jubin bercorak. Mangkuk tandas beige yang lama juga turut digantikan.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Jubin bilik mandi yang diperbaharui di Shang Villa – Kelana Jaya

Renovasi bilik mandi warna marun modern
Sumber: Icon Factory Sdn Bhd

Bilik mandi lama mempunyai susunan lantai dan jubin dinding berwarna merah marun menutupi separuh kawasan dinding. Dalam pengubahsuaian, ianya digantikan dengan jubin bertona krim, dengan jubin berwarna coklat gelap untuk bagi kawasan mandian. Corak mendatar yang unik juga ditambahkan untuk memberi tarikan visual.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Bilik mandi merah tebal di Bayu Puteri Petaling Jaya

Renovasi bilik mandi dengan jubin merah
Sumber: ML Engineering and Construction

Dengan memilih kesan visual yang besar, pemilik unit ini memutuskan untuk memasang jubin lantai merah merah dan meneruskannya hingga ke bahagian dinding, sekaligus memberikan reka bentuk bilik mandi kecil ini seakan-akan sebuah butik hotel . Tandas dan sinki juga diganti dengan unit yang lebih moden.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Semua bilik mandi berwarna putih di Maxwell Tower Gasing Height Condominium

Renovasi bilik mandi putih modern
Sumber: ML Engineering and Construction

Tiub mandi lama telah dikeluarkan dalam pengubahsuaian bilik mandi ini dan digantikan dengan kawasan pancuran mandian di belakang pintu pembahagi kaca. Jubin lantai hijau juga diganti dengan jubin berwarna krim ​​muda, dan kaunter bilik mandi lama yang sangat tradisional diganti sepenuhnya dengan unit sinki dan kaunter sinki yang lebih bergaya.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pengubahsuaian bilik mandi yang sederhana di Pandan Ville Condominium

Renovasi bilik air minimalis putih dan hitam
Sumber: ML Engineering and Construction

Reka bentuk bilik mandi kecil ini kini kelihatan lebih bersih dan moden dengan mengubahsuai jubin yang lebih seragam dari lantai hingga ke siling. Jubin lantai telah diganti dengan warna gelap tanpa jarak antara jubin yang ketara.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Ganti jubin dan kelengkapan bilik mandi di USJ 3 Subang Jaya

Renovasi bilik air modern bertona krim dan hitam
Sumber: ML Engineering and Construction

Bilik mandi kecil ini telah menjalani pengubahsuaian sederhana dengan menggantikan tandas dan sinki dinding lama. Namun, beberapa kerja pengubahsuaian juga dilakukan untuk menutup kawasan tingkap di atas ruangan sinki, bagi membolehkan ruangan untuk menambah kabinet dinding atau cermin sinki nanti.

Jubin bilik mandi kini mempunyai susunan tiga tona warna, bermula dari kelabu gelap pada lantai, hingga tona coklat di kawasan tengah, dan warna kuning muda menghala arah siling.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Pengubahsuaian bilik mandi di Bangsar Puteri

Renovasi bilik mandi modern bertona gelap
Pengubahsuaian bilik mandi untuk sebuah apartmen di Bangsar Puteri. Sumber: MIL Design and Construction Sdn Bhd

Ruangan bilik mandi ini di pangsapuri Henry Golding yang terletak Bangsar, siling lama dikeluarkan bagi meningkatkan ruangan (dan memaparkan pemanas air di atas), tab mandi digantikan dengan kawasan pancuran bersama-sama pintu kaca jenis berayun, dan jubin baharu digunakan mempunyai tema dan corak industri.

Dapatkan sebut harga percuma segera

Sambungan bilik mandi berjubin beige

Renovasi bilik mandi dengan
Sumber: RenoMudah Sdn Bhd

Pengubahsuaian bilik mandi hampir tidak dapat dikenali sepenuhnya. Peralatan tandas dan bilik mandi lama digantikan dengan unit baru yang lebih ramping dna moden, bersama-sama ruangan yang dipanjang sehingga ke kawasan pancuran mandian terbuka. Dinding tambahan yang dibina juga berfungsi untuk menyembunyikan paip yang tidak sedap dipandang mata, dan sekaligus memberikan kesan binaan sudut untuk meletakkan botol-botol dan peralatan mandian.

Keseluruhan bilik mengambil berubah sepenuhnya dari segi tona warna dan reka bentuk dengan jubin berwarna krim ​​yang menutupi dinding, dan jubin lantai jenis matte yang tidak licin; bersama-sama kelengkapan pancuran mandian jenis logam nipis, bagi kesan makeover yang ketara.

Dapatkan sebut harga percuma segera

 

Perlukan lebih banyak idea pengubahsuaian bilik mandi?

Seperti yang disebutkan dari awal artikel ini, jika anda membeli hartanah penjualan semula, atau mahu mengemas kini rumah sedia ada, salah satu kawasan utama yang harus diberi tumpuan adalah ruangan bilik mandi. Pengubahsuaian bilik mandi yang sederhana dapat menjadikan sebarang jenis rumah menjadi lebih selesa dan mesra untuk keluarga dan tetamu!

Recommend.my mempunyai kontraktor pengubahsuaian bilik mandi terbaik di Malaysia dan kawasan Lembah Klang bagi membantu projek pengubahsuaian kediaman idaman anda. Kami mempunyai beratus-ratus kontraktor pengubahsuaian yang berkelayakan dan profesional, dan mereka bersedia untuk memberikan sebut harga bagi projek anda. Beri tahu kami apa yang anda perlukan dan kami akan memberikan sebut harga percuma secepat mungkin!

Dapatkan sebut harga renovasi bilik mandi