WFH jadikan pejabat dalam rumah di Malaysia lebih menarik

Mengejar keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan terus menjadi topik perbualan penting di kalangan rakyat Malaysia.

Apabila pandemik menyerang pada tahun 2020, berjuta-juta pekerja beralih kepada bekerja dari rumah. Sekarang kita sudah berada di tahap endemik, tetapi meninggalkan kefleksibelan yang telah kita nikmati tetap sesuatu yang sukar.

Ada beberapa sebab mengapa pekerja mahu bekerja dari rumah. Kesesakan jalan raya telah menjadi lebih teruk sejak beberapa bulan lalu dan kenderaan telah melebihi jumlah populasi rakyat Malaysia.

Semua ini telah membangkitkan penciptaan suasana kerja dari rumah yang selesa dan produktif. Ramai yang menukar bilik lebih atau ruang sudut kepada pejabat rumah yang menakjubkan (walaupun sekadar untuk panggilan Zoom). Ruang belajar dijadikan berfungsi kepada orang dewasa yang berkerja dan juga kanak-kanak yang belajar.

Terdapat banyak cara bijak untuk membuat pejabat di rumah sebagaimana ditunjukkan dalam rekaan di kediaman Malaysia ini. Ubahsuai pejabat di rumah anda dengan berunding dengan pereka dalaman kami.

Bersih dan ringkas untuk mengurangkan gangguan

Atas: Reka bentuk pejabat dalam rumah di apartmen 3 bilik di Araville, Bangsar oleh Pocket Square

Ruang belajar yang aman ini menampilkan meja berbentuk L yang kemas dan anggun yang dibina terus di dalam dinding. Ini menjimatkan ruang yang kecil selain turut menyediakan ruang meja yang cukup luas untuk belajar atau bekerja. Betul-betul di atas meja ialah kabinet putih bersih terbina dalam untuk menyimpan barang dan menjadikan ruangnya terbuka serta tersusun. Cahaya tambahan disediakan oleh sumber cahaya cerah di bawah kabinet dan lampu meja.

Di sudut bertentangan di hujung bilik, terdapat lebih banyak perabot terbina dalam seperti kabinet dari lantai ke siling. Ia menampilkan pilihan rak terbuka dan kabinet tertutup dalam warna putih bersih yang sama. Terdapat juga sofa untuk mereka yang memerlukan rehat selama 5-20 minit di antara waktu belajar dan jadual kerja yang sibuk.

Ini adalah idea reka bentuk hebat untuk keluarga yang ada lebih daripada seorang yang memerlukan ruang kerja. Walaupun dalam bilik dengan bentuk yang paling tidak tetap, kontraktor yang mengubahsuai berjaya menggunakan ruang ini dengan baik.

Atas: Kondominium di The Henge, Kepong oleh Big Design Interior

Ringkas dan bebas sepah adalah perkataan terbaik merumuskan ruang belajar dan reka bentuk pejabat dalam rumah Scandinavian ini. Warnanya dikekalkan neutral dengan kayu berwarna coklat cerah semulajadi dan dinding serta kabinet putih.

Rak terbuka terbina dalam dan kabinet putih adalah pilihan tempat simpanan yang mudah dicapai. Ia dihiasi dengan tanaman dalam pasu kecil untuk memberi kehidupan dalam ruang. Mejanya dari dinding ke dinding dengan laci supaya ada banyak ruang menyimpan alatan belajar dan pejabat. Meja panjang ini sesuai untuk lebih daripada seorang individu kerana ia menawarkan banyak ruang.

Banyak cahaya siang untuk produktiviti

Atas: Pejabat di rumah menghadap telaga udara di rumah teres di Island Glades, Penang oleh Archiplan

Kajian menunjukkan bahawa cahaya siang menjadikan anda produktif. Jadi, apabila anda mengubahsuai ruang lebihan di rumah kepada pejabat, pilihlah ruang dengan tingkap yang paling banyak seperti di atas.

Bilik ini menerima dua kali ganda cahaya semulajadi dengan tingkap tambahan yang menghadap telaga udara. Unsur semulajadi lantai dan kemasan kayu digandingkan dengan warna lembut kelabu hangat dan biru untuk mencipta ruang menenangkan.

Atas: Kediaman retro di Kajang oleh Big Interior Design

Inilah satu lagi contoh ruang belajar yang dipenuhi cahaya. Beberapa tingkap sempit mencipta dinding yang menarik untuk memaparkan rak logam. Suasana ala industri dilembutkan oleh sofa sayap belakang mewah dan ottoman serta ambal.

Dinding berwarna bagi mencipta mood yang betul

Dinding berwarna boleh menambah sentuhan peribadi kepada ruang. Selain itu, warna berlainan juga boleh memberikan tindak balas psikologi yang berbeza dan menetapkan nada untuk produktiviti kerja.

Atas: Pejabat rumah loteng di Sierra 16 Puchong oleh Your Planners

Hijau dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian alam. Ruang belajar hijau gelap ini digayakan dengan perabot kayu coklat semulajadi. Ruang ini menampilkan rak pamer terbuka luas dengan pencahayaan lani. Ia terbaik untuk mempamerkan buku, anugerah dan perhiasan kecil yang memberi inspirasi. Sumber pencahayaan semulajadi boleh ditutup dengan rona gulung gelap kerana ada cukup cahaya yang menerangi di seluruh ruang.

Atas: Pejabat di rumah di Bandar Rimbayu oleh Your Planners

Kelabu. Pilihan warna lebih sejuk untuk ruang belajar atau pejabat dalam rumah ialah ruang kerja kelabu modern ini. Dinding biru-kelabu gelap menjadi tumpuan kepada kabinet terbina dalam dari lantai ke siling kelabu dan meja berbentuk L. Rak pamer dalam bilik ini menampilkan rak kaca untuk reka bentuk lebih modern dan tinggi.

Atas: Ruang belajar di Klang semi-d oleh GI Design

Biru. Warna lebih terang menambah kabinet biru bayi bertentangan latar serba putih. Sebagaimana kebanyakan ruang belajar modern dan pejabat di rumah, ruang ini juga termasuk kabinet terbina dalam, rak dan meja. Mejanya unik dari segi rekaan kerana separuh daripadanya lebih tinggi daripada separuh yang lain, lalu memberikannya pilihan menghias yang menyeronokkan.

Apa-apa ruang boleh digunakan

Atas: Ruang belajar berkembar di Zentro Residence, Puchong oleh Lebeau Interior   

Jika boleh, asingkan bilik untuk berehat dengan bilik atau ruang di mana anda berkerja untuk menghasilkan kehidupan yang lebih seimbang. Tetapi ia tidak selalunya boleh dilakukan kerana jumlah ruang yang terhad di sesetengah rumah.

Bilik berkembar ini menampilkan ruang belajar untuk dua orang, biasanya adik-beradik. Walaupun keseluruhan ruang dikongsi seperti katil berkembar, mejanya dibuat secara berasingan. Malah ada ruang simpanan kerana mejanya dibuat bersama set laci untuk menjadikan kedua-dua sisi bilik kemas.

Atas: Pejabat di rumah di Nautica Lakesuites, Bandar Sunway oleh Boldndot

Walau dalam ruang sempit di atas, pemiliknya berjaya memasukkan meja eksekutif berbentuk L bersama-sama dengan rak dinding untuk buku dan gambar. Kabinet dinding dan laci bersih dan ringkas tanpa pemegang pintu jadi ia tidak mengganggu semasa anda berjalan masuk.

Atas: Ascenda Residence di Setapak oleh Boldndot

Di dalam sebuah bilik tidur kecil, susun atur yang baik adalah kuncinya. Bilik tidur kecil ini mempunyai tingkap yang menyentuh lantai menjadikannya lebih mencabar untuk memuatkan perabot dan binaan terbina dalam.

Oleh itu, pereka telah mencipta katil platform dengan ruang simpan di bawah tilam. Di sepanjang dinding bersebelahan, sebuah kaunter panjang dipasang sebagai meja belajar. Barangan yang jarang digunakan juga diberikan ruang tinggi di atas rak dinding yang juga berfungsi sebagai rel pakaian.

Atas: Ruang belajar mini di banglo Penang oleh Archiplan

Jika tiada bilik, ruang lain juga boleh dipertimbangkan. Satu ruang yang selalu kita terlepas pandang dan digunakan semata-mata sebagai ruang simpanan ada betul-betul di bawah tangga.

Ruang kerja ini kecil tetapi memiliki semua perkara asas seperti meja yang bagus, cahaya tertumpu dan kerusi yang selesa. Untuk mendapatkan lebih privasi dan menyekat bunyi dari luar, sesetengah pemilik kediaman memilik untuk menambah sekatan kaca untuk menutup ruang dan menyejukkannya dengan pendingin hawa.

Mewujudkan suasana hotel

Atas: Banglo di Ampang oleh Klaasmen

Semasa sempadan ditutup ketika pandemik, pakej bekerja dari hotel menjadi popular kerana ia adalah langkah orang ramai menyelesaikan tugasan mereka jauh dari sebarang gangguan di rumah.

Anda juga boleh mencipta semula suasana hotel di rumah sebagaimana contoh yang ditunjukkan di atas. Biasanya, bilik ini termasuk meja kerja dan kerusi eksekutif, lantai berkarpet (tiada kertas dinding) untuk penebat bunyi, katil, TV, kerusi rehat (atau sofa), dan tingkap serta langsir tinggi.

Pejabat di rumah berwarna gelap anggun ini adalah lebih kompak daripada yang sebelumnya tetapi masih memberi getaran tenaga mewah. Ada pertentangan dengan kerusi coklat gelap, lantai kayu dan kabinet bertentangan dengan dinding kelabu krim lembut dan langsir paras lantai berwarna emas. Terdapat juga siling plaster dengan cahaya putih terang yang menjadikan bilik ini lebih tinggi berbanding yang lain.

Atas: Semi-d di Ambang Botanic, Klang oleh GI Design

Pejabat rumah modern ini mempunyai meja panjang hitam sepanjang dinding, beralaskan penutup kaca di atasnya. Malah ia menghadap tingkap jadi anda boleh melihat ke atas dan menikmati pemandangan semasa berehat. Jika cahaya terlalu terang dan panas, ada pilihan untuk menurunkan bidai. Terdapat juga kabinet dan pilihan rak terbuka untuk simpanan menjadikannya sempurna sebagai tempat berkerja dari rumah yang rasa seperti bilik hotel lima bintang.

Cipta ruang kerja dari rumah produktif anda sendiri

Pernahkah anda mendapat ilham untuk mencipta bilik belajar dan pejabat di rumah sendiri? Jika anda telah memutuskan apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu dalam ruang anda, inilah masanya untuk mendapatkan pakar yang betul untuk menjadikannya satu kenyataan.

Recommend.my ialah platform perkhidmatan kediaman dan tempatan #1 di Malaysia untuk membantu pemilik kediaman dan penyewa mendapatkan pakar bagi membantu mengekalkan atau membina kediaman impian mereka. Cari pereka dalaman dan kontraktor yang betul untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.

1 thought on “WFH jadikan pejabat dalam rumah di Malaysia lebih menarik”

Comments are closed.