Bermula dengan penyediaan katering jamuan kecil – kecilan di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, kini D’Qayangan Catering telah meluaskan khidmatnya di seluruh Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, dan sebahagian kecil dari Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Juga telah meluaskan servis dengan cawangan di Perlis. D’Qayangan Catering sangat mementingkan servis dan kelazatan makanan. Justeru tidak hairanlah, setiap tetamu atau pelanggan yang telah menempah khidmat katering tidak kira untuk majlis kecil atau majlis berskala besar akan kembali mendapatkan khidmat D’Qayangan Catering.
Diterajui oleh Puan Juraini Dqayangan dengan gabungan tenaga berpengalaman dan terlatih, D’Qayangan Catering pasti tidak akan menghampakan pelanggan dan tetamu yang berkunjung. Kami di D’Qayangan Catering sangat berbesar hati untuk menyajikan hidangan dan servis katering terbaik kami untuk anda yang seterusnya.
Want this pro to give their price estimate? Please choose one of their services below:
You may receive quotes from other pros as well