Perkongsian Ilmu Batu Bata Merah dan Batu Pasir Bata merah Bata tanah liat atau bata merah dibuat daripada campuran tanah liat dan pasir yang dibakar. Fakta menyatakan bata merah lebih kuat dari bata putih pada kadar 2 – 3 kali ganda lebih kuat. Selain itu bata merah juga lebih lambat menyerap lembapan berbanding bata putih pada kadar yang sama. Bata merah agak mahal sedikit berbanding bata putih dan ini menyebabkan kontraktor meletakkan harga lebih tinggi jika anda meminta mereka memasang bata merah. Dinding dengan bata merah dikatakan mampu menahan haba lebih baik dari bata putih menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas. Batu Pasir Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air. Di Malaysia bata putih adalah lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan. Dinding yang dibina dengan bata putih lebih berisiko mengalami keretakan berbanding bata merah. Pilihan di tangan anda. Anda berhak untuk bahagia.